Tuesday, December 1, 2009

Bermula Musim Mengawan

Ahakkss tajuk aku...yerlah bisanya kalau dah musim cuti sekolah mengunjung tiba, maka ramai lah yang akan berkahwin..sbb tu aku panggil musim mengawan. hehehee. Ramai yang selesa memilih ketika musim cuti sekolah...ya mungkin senang untuk sedara mara yang jauh2 tuk bertandang...



(gambar wedding cousin aku...dah lama dah..saje aku tapek sini...amik aura musim mengawan hikhikhikhik)


Berderet-deret jemputan kahwin...seronok tengok pengantin baru naik pelamin..teringat2 zaman aku dulu..ahakkksss. dulu merangan2...nak honeymoon kat italy ...tapi italy tak sampai daaaa....yang ada cuma tali saja.....ohhh bila nak dapat bercuti ke Italy ni...???? mimpi pun belum tentu ...sbb tak tau nak imagine lagu mana since tak penah sampai da....kalau ada dlm memori pun...local punya saja ada...ai dah start nak melalut la ni....ok back on track..kalau ke jemputan kahwin..conclusionnya..makan laagi.


Ahad lepas ke jemputan majlis kahwin di Semenyih..adik member mysoul kawin...aku practickan ilmu collect from ZEL nyer blog. Aku amik nasi mcm besa n lauk ayam masak merah, Daging rendang...n makan lauk jer...+ 2 tablet corn fibre....nasi suap kat Arissa yeay..yeay.. mission selamat.


Namun..mission tuk dinner...ke laut jga..mysoul ajak makan roti nan n tandori plaks....so ngapppp lagi...jangan kata before kul 7, dah masuk kul 10 mlm dah pun...boleh di kira supper dah ni....aduhai...kengkawan apa petua la nak disiplin kan diri ni..............................

Malu ahhh nak disclose menu hari senin, selasa n hari ni....tak macam org diet pun.

Isnin

Roti oatmeal sebijik mcm burger tu...+ 1 mug milo "O"

Lunch-Busy tak sempat...kul 2.30 beli cucur kodok bawang 10 biji

Malam--> 1 senduk nasi+ ikan kembung singgang kuning+sayur kobis

+ Daging Goreng

Selasa

Paper Tosei + Teh Tarik...bf ngan mysoul

Lunch also with mysoul...kuew teow sup + Air laichikang

Dinner of coz with mysoul n kids....Nasi Goreng kampung, tak ingat ahh berapa banyak saya ngap...share ngan Danish(ayat2 penyedap hati sendiri)

Rabu...(Hari ke30 saya mendietkan diri saya)

B/f -- 1 mug cereal + susu low fat

Lunch--ala-ala inggeris sikit hari ini....makan SUBWAY-1/2 Chicken Turkey ke apa tah namanya..lupa...

5.30 tadi aku makan bihun tomyam + teh "O" ais...lepas solat isyak...dok perabih nasi anak-anak plak...lebih la dari 5 sudu...senang ceta lebih dari 1 senduk ahh

Ya Allah..kuatkan lah semangat aku untuk meneruskan azam nak kurus n hidup sihat ...amin...camno ni...semakin hari macam dah tak mendiet jer menu2 aku ni....huhuhuhuhuhuu

Belated Idil Adha

Cerita raya aku dah basi....tak sempat nak up date blog lah...busy kat opis...bos p bercuti kat Italy...penatnya dok cover kerja dia...banyak nyer nak kena clear before new year...huhuuhhuuuu bila la nak habis...


Raya kali kedua kami di home sweet home..kami tak balik kampung atas sbb2 tak dapat di elakkan...hahahha poyos ja kan...sebenarnya fulus tak mengizinkan....InsyaAllah December kami nak balik lagi...so part of planing la ni...ceeewahhh.


Raya? emmm apa yg terlintas difikiran kawan2 bila kita "Raya"?kalau aku? Raya ni best tang bab makanan dia la...boleh kata semuanya best-bestla time raya ni kan....adoihhh macam mana nak menepiss ni...harus ke laut la diet aku ni. Jom kita tengok apa terjadi ngan diet aku.....ish..ish...ish...ish....




======Menu Hari Raya Pertama "Jumaat"=====

Nasi Impit/Kuah Kacang/Kuah Lontong/Sambal Ikan Bilis/Ayam Goreng Berempah


Hari ini aku OFF diet...so suka hati aku nak melantak...so semua menu kat atas ni aku makan heheheh..TAPI aku ada amik curb block name "CORN FIBRE" as prevention la..(ish..ish..ish nak menyedapkan hati sendiri) supaya segala yang aku amik ini tidak bertukar menjadi lemak...dari info dia tu memang amat berkesan tuk menyekat minyak/kalori bertukar menjadi lemak dalam badan kita.....macam ni

*
*
*
*

=====Menu Hari Raya kedua "Sabtu=====

Breakfast


Aku enjoy sepiring n secawan teh "O"+ 2 tablet corn fibre

Lunch


Inilah menu for lunch...Taman kami ada buat korban sebanyak 8 ekor lembu...
n hubby bawa balik kaki lembu..so apa lagi aku rebus buat sup..
Beside sup ni...ada ayam goreng,sambal ikan bilis(bal semlm) , perut muda ngan air asam aka kerabu tomato...ehh lupa lak nak snap gambar air asam n perut muda...

(aku amik semangkuk sup+isi daging+perut muda n cicah air asam aka kerabu tomato+2 tablet corn fibre)

Petang kami ke puchong sunway nak tengok baby baru....baby Adam Danish. Aku sampai umah dia tengok pintu terbuka luas....wow menjadi la surprise aku ni..so parking slow-slow...masuk halaman umah bagi la salam...tapi mak dia yg jawab...yerlah diakan lam pantang mana leh keluar umah agaknya...pada firasat aku la...tapi turn out aku yang kena surprise. rupa-rupanya baby Adam kena tahan kat spital Serdang coz jaundis(demam kuning)....nak surprise aku lak tersurprise....padan muka aku nak datang tak nak call dulu...hekhekhekhek...
kami di hidangkan ngan laksa kedah...best sangat2...yang lagi best ini lah....
*
*
*
Dapat gak aku merasa ketupat ni...walau pun tak balik kampung....sedapnya...makan tak hingat ler sampai corn fibre pun lupa nak amik..sbb dok makan sambil menyembang...aku pun tak ingat berapa bijik aku dah makan...sedar-sedar dah kenyang perut...mmm meriahkan menu raya chek kan. Ya ampun...hancur semua penat lelah berdiet lor....cam mana nak lebih berdisplin ni?

piiissss: gambar ketupat n sup ehsan dari google

Thursday, November 26, 2009

Napa tak update???

Napa tak update???yerlah..dah lama tak update menu-menu diet. Dah stop ker diet???
jeng..jeng..jeng! dah ker?dah ker????????
/
/
/
/
/
V
Aceli.......................
/
/
/
/
/
V
Saya masih lagi...insyaAllah..semangat masih berkobar-kobar ni...cuma minggu ni saya rasa tahap kebosanan mengadap menu-menu diet tu di tahap gaban....kalau kat opis tu fenin dok fikir nak lunch apa?nak order apa? ahhhhh boring betul......
conclusionnya...puasa ahh....
Bila puasa ni....masa nak berbuka tu mcm2 nak makan lah...tp saya dah set mind, berbuka ala kadar saja lor....
Isnin- 1 Mug Milo "O" + Rojak separuh+Apple Hijau
Selasa- 1 Mug Milo "O" + Roti Bakar 2 set + Apple Hijau
Rabu - 1 Mug Milo "O" + Bihun sup + Apple Hijau
Hari ini...Khamis InsyaAllah...1 Mug Milo"O"+ Pau kaya (teringin nak makan pau ni....)
ehhh...H2O amik dalam kadar yg banyak juga..sbb dahaga la...so kenyang ayor ler...

Oh ya bercakap pasal puasa ini..dalam saya mengodek-godek mencari info terjumpa kebaikan berpuasa sunat ni...marilah kita sama-sama berkongsi manfaatnya.....

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN
1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:
  • TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)
  • 10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH
  • HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)
  • SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA
  • PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)


2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

  • PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN
  • PUASA ORANG YANG SANGAT TUA
  • PUASA WANITA YANG HAMIL
  • PUASA ORANG YANG MUSAFIR
  • PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI
  • PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)
  • PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA
  • PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)


3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

p/s: info collect : PUASA SUNAT

Monday, November 23, 2009

Jamuan Makan Malam TCS

Sabtu..21 Nov 09..7.30pm - 11.00pm Jamuan Makan Malam Tadika Comel Sayang sempena Graduasi kali ke-3.

Danish @ 3 years old..joint group 5 years old baca doa-doa harian...teruja kami suami isteri dengan kebolehan dia menghafal semua doa-doa harian...to be frank..aku sendiri pun kadang-kadang terlupa...


Danish amik bahagian fesyen shows. Kisahnyer..aku tak tahu nak pakaikan apa kat dia..lg pun dia baru 3 tahun..aku takdela serius bebenor kisahkannyer...tapi dia beria-ria nak pakai topi katanya....so lepas aku belek-belek almari baju dia...so nilah hasilnya.

let picture do the talking....aksi-aksi Danish memperagakan gaya-gaya tersendiri...
How brave he is? tak sangka sungguh......n
The result..he is the prince for the night....hahahahaaa lawak betul..terkejut aku n mysoul bcoz never xpact yg dia akan menang....

Inilah jantung hati ku..yg tak suka diriba..nak duduk atas kerusi sendiri..nak suap sendiri..semua nak buat sendiri lah
Cuba tengok kat tangan dia tu....suka sungguh main ngan motor..kereta..aeroplane..heheeheee maklumlah..atas dia semua hero-hero...


Aku sangat suka picas ni...inilah mereka berdua..ada saatnya mereka begitu rapat dan ada saatnya mereka bergaduh...tp for sure mereka tak boleh berpisah langsung..pernah one time angah admitted...along menagis sepanjang malam nak adik...hehehe...doaku semoga mereka berdua sentiasa menyayangi sesama sehingga selama-lamanya...

Ku kenal Dia

Tag dari Kak Ngah aka Ana & Annur…..
a. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.

1. Lama dulu ku kenal dia...bertemu semula di alam maya.
2. Isteri kepada teman sekelas ku....yg cukup handsome n loving..of coz..!!
3. Orangnya simple n very loving n caring…she having sweet smiles
4. Admire how Kak Ngah dok awek muda ja ni.......
5. Tak pernah sekali pun tengok kak Ngah marah2 or membebel..
b. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
1. Married...with 3 kid.. MyHeart Nabil..MyDiamond Danish..My Love Arissa
2. Suka tengok sukan...esp teman hubby tengok hoki,olahraga, tennis...
3. Tak suka orang merokok terutama diwaktu pagi...boleh bikin kepala pening.
4. Suka memasak...n kumpul periuk stainless steel..
5. Tersangat-sangat suka shopping..janji ada fulus ahh
6. Suka mengemas rumah...walaupun berkali-kali mengemas bersepah jugak hahaha.....
7. Love to go holiday....teringin nak bercuti ke Italy...bila la nak tercapai ni?
8. Suka Makan....(inilah masalah besar nak berdiet tau...)
9. Suka melayan n bermain ngan anak-anak....
10. Melayan internet...layan FB...baca blog kengkawan...
c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them
alamak ten....nan ado ten ler....
1. Suhana...Dia milikku...isteri teman suamiku...anak angkat mamaku...n...my friend tooo
2. DJ epoi....wua admire ler..kerja-kerja u.....
3. JueMeg aka sugar-sugar...lame dah tak update blog tu jue....dah naik sawang u....
4. ..kengkawan yang baca yer....sila la yer..amik award ni...jangan segan-segan yer...

Cerita yang tertinggal

Minggu lepas..tersangat lah busy sehingga tak sempat nak update cerita-cerita ku...adoiiaaii orang lain yang nak pergi bercuti aku pulak yang busy mengalahkan menteri....huhuhuhu..ya nasib..ya nasib....



Nak update ape yer..aku sendiri pun dah lupa apa yang aku makan..apa yang aku buat...hahaha boleh tak camtu???? orang kata bila kita bersalin banyak kali..memori kita ni dah jadi low...betul ker???entahla aku pun tak pasti...tp takut gak terus jadi pelupa aku amik ler supplyment "ginko" ....yerlah..keja aku ni boleh dikatakan perlukan daya ingatan yg kuat juga..silap hari bulan..habis semua salah kira da....ish...dah melalut la ni....heheeee...



ok back to story yang tertinggal...aku rasa macam tertinggal sesuatu sejak dua menjak tak amik nasi ni...macam tak sempurna saja...sampai lah tragedy jumaat yang lepas....aku demam n pitam(nasib baikla time pitam tu aku kat umah)...maybe tak cukup karbo agaknya......tapi..aku ada gak makan roti...ish tahla..maybe badan aku mula nak terima rutin tanpa nasi ni agaknya....
so sepanjang dari selasa-jumaat..menu aku...bfast ngan tosei n karipap...aku dah tak amik teh tarik tukar ker teh "O" limau...lunch...asyik dok amik sayur kobis n ikan asam pedas...dinner non ado....cakap bab lunch ni...aku pun dah boring dah tak tahu nak makan apa...aku malaih ler nak makan benda2 bergoreng ni..coz my soul kata tak guna kalau tak makan nasi...tapi melantak benda lain yang kalorinyer lebih dasyat dari amik nasi....




Tapi walau macam mana pun aku berdiet...satu yang aku takleh nak elak...inilah dia kuih feberet "karipap pusing"...faberet aku ni..susah nak tinggal ooo..tapi kalori tinggi ni....aku selalu amik tiga biji...tpla ni aku cut to 1 biji sajer.....

Weekend baru ni...mysoul request ikan singgang n sambal udang+petai..so memasaklah aku di hari sabtu yang kedinginan...hujan tak berhenti-henti.Pagi2 lagi anak-anak sibuk nak makan roti canai n roti telur...so kami bfast di kedai...aku minum teh "O" n sebiji karipap...memandangkan aku pitam semalan...mysoul bising-bising soh makan juga nasi...tapi aku tak makan coz malam nanti ada jamuam makan malam sempena graduasi tadika comel sayang...sure aku akan makan lagi....so dinner..aku amik 1 senduk bihun goreng+seketul ayam+salad2 +buah2an....makan at 9.00pm you....

Ahad...hari ni aku bagi discount to myself...but why ada discount?eheheheheee. sebabnya..hati tersangatlah gembira...memberanikan diri menimbang berat...yeay..yeay...yeay...turun 2 kg....dari berapa oooppppppssss malu la nak share kilos...sbb banyak sangat kilosssss....gumbiranya hati....mysoul belanja lunch at Ayam Kampung Hassan..yeay..yeay sukanya...aku makan nasi...bukan 1 senduk, tp nasi separuh with lauk faberet..ayam kampung goreng+bilis pedas+ulam-ulaman+sambal belacan...pergh terubat rindu nak makan sambal belacan...

Dinner semalam masa tengah dok nak hidang makan malam, tiba-tiba along bertanya..ibu kenapa tak nak makan nasi?dah lama ibu tak makan ngan along..kenapa? jomla ibu makan sama-sama..oh tak sangka anak aku perasan aku dah lama tak dinner ngan dia orang...aku jawab ok...meh ibu suap yer...sukala kedua2 anak bujang aku tu...tp dia masih tak puas hati dok tanya sebab aku taknak makan nasi...aku perjelaskan pada dia..aku nak kurus sikit supaya aku lebih kuat semasa bermain badminton dengan dia..sebab sekarang aku gemuksss tak larat nak kejar bulu tangkis....heheehe susahkan...being a mother n wife ni....tp itulah indahnya status ibu n wife...janji kita pandai sesuaikan....